CORONAVIRUS LIVE RESULTS
CORONAVIRUS RISK SCAN
MBB BRANCH COVID-19
Pengimbas Kod QR MySejahtera
Bina Kod QR untuk perniagaan anda disini....
World Statistic - Covid19
Amalkan langkah–langkah mudah berikut apabila anda tidak sihat di rumah:
- Bagi yang bekerja / bersekolah, gunakan cuti sakit yang diberikan oleh doktor untuk berehat di rumah;
- Hadkan pergaulan dengan mereka yang sihat di sekeliling anda;
- Tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila anda batuk dan bersin. Sejurus selepas itu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
- Amalkan adab batuk yang baik;
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk atau bersin. Pakai penutup mulut dan hidung (face mask) apabila berurusan dengan orang lain.
Individu dengan gejala demam dan batuk dan / atau sakit tekak adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan sekiranya pada bila-bila masa mereka mengalami mana-mana tanda dan gejala seperti berikut:
- Demam yang berpanjangan sehingga melebihi 3 hari atau demam yang berulang semula selepas 3 hari
- Kesukaran bernafas – tercungap-cungap, pernafasan menjadi laju atau warna bibir bertukar menjadi kebiruan
- Batuk berdarah
- Sakit dada yang berterusan